Tuesday, March 23, 2010

Coklat dan Kek








Ini gambar kek lapis dan coklat untuk hantaran perkahwinan Zakie dan Ain pada Disember 2009.




Thursday, February 11, 2010

Murtabak Maggi

Sori ye kawan2/adik2 ku di pejabat. K.su tau korang memang suka murtabak maggi k.su. Hehe.. Dah lama kan korang nak makan murtabak maggi. OKlah supaya lain kali senang nak makan murtabak maggi ni, kat sini k.su sertakan resepinya. Linda jangan nak confuse lak ye..


Bahan-bahan:

Sebungkus mee maggi perasa kari
3 biji telur (gred A, kalau telur kecil guna 4 biji)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu besar daging/ayam cincang
2 sudu besar minyak masak
sedikit garam


Cara memasak:
1. Rebus daging/ayam cincang bersama sedikit garam.
2. Rebus mee maggi sahaja (tanpa perencah). Setelah mee kembang, angkat dan toskan air.




3. Pukul telur dan masukkan perencah kari maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang yang telah direbus dan mee maggi.

4. Panaskan minyak diatas kuali leper dan tuangkan adunan. Bentukkan murtabak menjadi 4 segi (kalau nak kreatif buat 3 segi, suka hatilah..)

5. Masak hingga garing. Angkat dan hidang untuk dimakan.

Sunday, January 31, 2010

Blog Pertamaku

Assalamualaikum,
terutama rakan sepejabat iaitu rahimah best, faizal budak baik, lynda yang cantik, zakie argh, shah budak baru dan kak najmiah pelanggan kek lapis ku setiap minggu yang mencadangkan untuk membuat blog ini.